'Tak ada hati perutnya si ibu...' - Bayi dibuang & seluruh badannya kemerahan digigit nyamuk


Awal pagi semalam jam 6.50 pagi, Balai Polis Chalong Krung (Thailand) menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam bakul di depan sebuah premis perniagaan. 

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat dan diambil oleh penduduk sebelum diserahkan kepada pihak sukarelawan perubatan.

Mangsa yang penuh dengan kesan gigitan nyamuk di seluruh badannya itu kemudian dibawa ke Hospital Chalong Krung untuk mendapatkan rawatan.

Menurut remaja berusia 14 tahun, Chalisa Kaenphutlert yang menemui bayi itu berkata, dia sebelum itu berjalan bersendirian pergi ke kedai untuk membeli baju sekolah. 


Dalam perjalanan itu, Chalisa terdengar suara tangisan bayi dan menyangka mungkin anak penduduk berhampiran yang sedang menangis. 

Sekembalinya dia ke jalan itu kira-kira jam 7 pagi, Chalisa terdengar lagi suara tangisan itu lalu segera pulang dan memaklumkan kepada ibu serta jirannya yang kemudian datang memeriksa kawasan itu. 

Mereka kemudian menemui seorang bayi yang dibungkus dengan kain diletakkan di depan pintu premis. 

"Saya terdengar ada suara menangis lalu bergegas balik beritahu ibu. Bila kami datang semula, terjumpa bayi itu dan saya tak berani menyentuhnya kerana badannya merah-merah," kata Chalisa. 




Inspektor General Samart Laemklao berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Lat Krabang dan kini dilaporkan stabil. 

Pihak polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengesan individu yang membuang bayi berkenaan. 

Sumber: JS100


Sumber : thereporter.my