(Video) Bangla mabuk cuba bakar stesen minyak


Seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai mabuk cuba membakar stesen minyak pada malam tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 malam di bandar Chukai, Kemaman, Terengganu, suspek dikatakan berang selepas ditegur orang ramai kerana hendak menyala sebatang rokok di stesen minyak Caltex, berhampiran McDonald's Chukai. 

Suspek kemudian menghayunkan pam minyak kepada orang ramai yang cuba menangkapnya. 

Suspek juga mengeluarkan pemetik api dan mengugut mahu membakar stesen minyak itu menyebabkan beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian melarikan diri kerana bimbang dengan keselamatan diri. 

Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap orang ramai dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk tindakan lanjut. 




Sumber: Astro Awani


Sumber : thereporter.my