Xbox One S Edisi Fortnite Akan Dikeluarkan



Microsoft menyatakan keinginan untuk mewujudkan Xbox One S versi Fortnite. Ianya merupakan Xbox One S edisi ungu dan akan dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi di dalam sebuah bundle yang direka khas untuk peminat Fortnite.

Xbox One S tersebut mungkin berharga $299 dan akan dibekalkan bersama 1TB storage dan Blu-ray optical drive. Untuk pengetahuan korang, Microsoft juga telah mencipta special limited edition version Xbox One S untuk mereka sendiri.

Mereka dalam perancangan untuk mengadakan persidangan pada 9 Jun ini. Xbox One S berwarna ungu ini pasti menjadi salah satu daripada pengumuman yang akan dibuat oleh pihak Microsoft di E3. Selain itu, Microsoft juga sedang merancang untuk mengadakan servis game streaming xCloud mereka serta mendedahkan permainan baru dalam francais Gear iaitu Gear 5, reboot game Fable, dan next-gen ‘Anaconda’ Xbox console.





Sumber: Oh! Media