Youtuber Muda Beli Kereta Mewah, Untuk Hadiah Hari Jadi


Seorang budak  perempuan yang memuat naik video tutorial solekan di Youtube sejak berusia empat tahun meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-12 dengan membeli sebuah kereta BMW. Budak perempuan bernama Natthanan Sanunrat dari Chonburi, Thailand memperoleh wang menerusi cara itu selepas dia bermula bermain dengan pemerah pipi milik ibunya.


Kereta mewah berkenaan dianggarkan bernilai enam juta baht untuk keluarganya. Beliau turut teruja untuk berkongsi cerita tentang kereta yang dibeli kepada pengikutnya di Youtube seramai 292,000 pengikut. Namun begitu dia perlu menunggu enam tahu lagi sebelum memandu sendiri kereta itu selepas mempunyai lesen memandu.




Sumber: Oh! Media