6 penjenayah bersenjatakan param samun 5 kg emas bernilai RM900,000


Sebanyak lima kilogram barang kemas bernilai RM900,000 dilarikan sekumpulan enam penjenayah bersenjatakan parang selepas menyamun kereta pekerja kilang menempa emas, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.30 pagi Isnin, sekumpulan penyamun yang bertopeng itu dilaporkan mengekori kereta dua pekerja yang membawa emas untuk dihantar kepada pelanggan. 

Ketika kejadian, suspek menaiki dua buah kenderaan BW putih dan sebuah pacuan empat roda. 

Dua mangsa berusia 49 dan 41 tahun itu pula menaiki Proton X70 milik majikannya. 

Kereta suspek berhenti mengejut di depan kenderaan mangsa sebelum suspek dan tiga lelaki bertopeng serta bersenjata pedang samurai keluar dari kereta. 

Mangsa cuba mengundurkan kenderaannya, namun dihalang kereta pacuan empat roda di belakangnya. 

Semua suspek kemudian mengetuk cermin kereta mangsa sehingga pecah sebelum melarikan barang kemas yang disimpan dalam dua beg, selain merampas barang berharaga serta dua dokumne peribadi milik kedua-dua mangsa. 

Mangsa turut ditarik keluar daripada kereta dan seorang daripadanya berdarah hidung akibat terkena serpihan kaca. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 300 meter dari premis tempat mangsa bekerja. 

Pihak polis sedang mengesan kesemua suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my