Aceh Juga Mengharamkan Permainan PUBG?


Nampaknya kini menjadi giliran Majlis Ulama Aceh pula untuk mengharamkan permainan PlayerUnknown's Battleground (PUBG) selepas mengeluarkan fatwa pengharaman kerana mendakwa ia menggalakkan kepada perlakuan negatif.

Memetik kepada laporan Kompas.com, MPU Aceh berkata, “MPU Aceh mengharamkan PUBG dan permainan serupa daripada dimainkan di Aceh,” kata timbalan ketua MPU Aceh, Faisal Ali kelmarin.

Keputusan ini diambil selepas membuat beberapa kajian berkaitan permainan terbabit dan telah melakukan perbincangan bersama pakara teknologi maklumat dan perundangan Islam sewaktu Mesyuarat Plenari MPU Aceh 2019.

Hasil perbincangan, mereka sepakat mengharamkan permainan berkenaan kerana ia adalah buruk kepada pemainnya, yang secara berperingkat menjadi panas baran dan ketagih terhadap permainan terbabit.

“Kanak-kanak menjadi berang jika ibu bapa melarang mereka bermain permainan itu (PUBG),” katanya menambah ia juga berlaku di kalangan pasangan sudah berkahwin.

Faisal berkata, MPU juga bersedia mengeluarkan cadangan untuk institusi berkaitan bagi meneliti dan mempromosi fatwa berkenaan di kalangan orang awam.

“Ia perlu disokong semua elemen dalam masyarakat termasuk kerajaan, ibu bapa dan penyedia internet,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Oh! Media