Harvest Moon Mad Dash Bakal Tiba Di Playstation 4 Dan Switch



Natsume telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan permainan baru Harvest Moon untuk konsol Playstation 4 dan Switch iaitu Harvest Moon Mad Dash. Untuk pengetahuan korang, sebelum ini mereta telah berjaya melancarkan permainan Harvest Moon Light Of Hope dan jualan mereka untuk permainan tersebut agak memuaskan.

Hiro Maekawa yang merupakan ketua pegawai eksekutif Natsume berasa sangat teruja dengan pengumuman ini. Jika korang merupakan peminat permainan Harvest Moon dari kecil mesti korang akan terkejut dengan apa yang Natsume bakal bawakan nanti untuk siri tersebut. So harap korang bersabar sementara menunggu Natsume mengumumkan informasi seterusnya. Mereka juga akan kongsikan video dan bentuk permainan Harvest Moon Mad Dash pada E3 nanti.

Di samping itu, Korang mungkin akan nampak perbezaan permainan Harvest Moon Mad Dash ini dengan Harvest Moon sebelum ini. Ianya dinyatakan sendiri oleh Hiro Maekawa di mana korang akan merasai satu pengalaman baru yang lebih menyeronokkan.










Sumber: Oh! Media