Hazard Ganti Ronaldo di Madrid? Betul Ke Ni?!

Posted on Sunday, June 02, 2019 | 6/02/2019



EDEN Hazard perlu memanfaatkan ‘aura’ jersi No 7 apabila dia akhirnya menandatangani kontrak bersama gergasi Sepanyol, Real Madrid. Pemain Chelsea itu berharap rundingan kontraknya bernilai £115j (RM607 juta) diselesaikan seperti dimahukan oleh presiden Bernabeu, Florentino Perez.

Biarpun Hazard bersedia menjadi pemain utama ditandatangani oleh pengurus, Zinedine Zidane yang mengendali skuad Madrid buat kali kedua, dia tidak dibenarkan untuk menggunakan jersi No 10 yang disayanginya. Kelab itu tidak sanggup mengenepikan pemain tengah Croatia, Luka Modric yang meraih gelaran Ballon d’Or tahun lalu, kini menggunakan nombor itu.

Hazard sebaliknya akan mendapat jersi No 7 yang menjadi milik Cristiano Ronaldo sebelum meninggalkan kelab itu menyertai Juventus pada musim panas lalu. Penyerang Mariano Diaz menggunakan jersi itu sekarang tetapi dia gembira dapat memberikannya kepada pemain Belgium itu.

Perez berharap kontrak untuk Hazard dapat diselesaikan dalam masa dua hari lagi sebelum dia diperkenalkan minggu depan. Hazard, 28, yakin dengan perpindahan itu selepas meledak dua gol menewaskan Arsenal 4-1 pada final Liga Europa dalam apa diperkatakannya sebagai ucapan "selamat tinggal". Rakan sepasukan Chelsea menegaskan mereka tidak mengambil hati dengan apa diperkatakannya.

Sumber : MyMetro

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/02/2019

0 comments:

Loading...