Huawei dilarang guna aplikasi Facebook

Posted on Friday, June 07, 2019 | 6/07/2019


SAN FRANCISCO – Facebook Inc tidak lagi membenarkan pemasangan aplikasi media sosial itu di dalam telefon pintar Huawei, tamparan terbaru untuk syarikat teknologi gergasi China berkenaan.

Larangan itu dibuat ketika syarikat terbabit berusaha untuk mengekalkan perniagaannya di China ketika berdepan dengan sekatan pembelian alat ganti dan perisian Amerika Syarikat.

Menurut Facebook, pengguna sedia ada telefon Huawei masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemas kini, tetapi pelanggan baharu tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram.

Kebanyakan penjual telefon pintar gemar menyertakan tawaran pemasangan aplikasi popular seperti Facebook, termasuk Twitter dan Booking.com di dalam telefon pintar Huawei.

Setakat ini semua syarikat terbabit enggan memberikan sebarang reaksi terhadap perkembangan terbaru itu.

Langkah Facebook sudah pasti menjejaskan prospek jualan telefon pintar Huawei Technologies Co Ltd, yang menjana pendapatan terbesar tahun lalu, disokong pertumbuhan kukuh di Eropah dan Asia.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/07/2019

0 comments:

Loading...