Islamofobia Berkurang Kerana Salah? Seriously?!


Pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah telah memberikan kesan besar dalam mengurangkan ketakutan kepada Islam (Islamofobia) di Liverpool.

Menurut kajian yang dibuat Makmal Dasar Imigresen Stanford University bertajuk 'Mampukah pendedahan kepada selebriti mengurangkan prejudis? Kesan Mohamed Salah mengenai kelakuan dan sikap Islamofobia' mendapati jenayah kebencian di kawasan Merseyside menurun sejak Salah menyertai Liverpool pada musim panas tahun 2017.

Malah, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, jenayah kebencian diramal berkurang sehingga 18.9 peratus.

“Ciapan” di Twitter yang membawa mesej anti Islam dalam kalangan peminat Liverpool turut menurun pada kadar 53 peratus.

“Secara keseluruhannya, keputusan ini menyokong hipotesis bahawa ketibaan Salah di Liverpool FC telah menyebabkan penurunan perbuatan taksub atau ekstrim yang melampau,” jelas kajian berkenaan. Tidak kurang daripada itu, kaji selidik yang dibuat turut menunjukkan keputusan ini didorong oleh peningkatan kefahaman dan hubungan akrab dengan Islam.

Penyelidik menganalisis lebih 15 juta tweet daripada peminat bola sepak di United Kingdom dan 8,600 peminat Liverpool sebelum dan selepas kemasukan Salah ke Liverpool FC.

Sumber : Awani


Sumber: Oh! Media