Lt. Maysaa Ouza Wanita Hijab Pertama Menjadi Pegawai US Air Force


Seorang wanita iaitu Lt. Maysaa Ouza telah mencipta sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama sebagai Pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force). Lt. Maysaa dilantik sebagai pegawai Air Force's Judge Advocate General's Corps dan kisah beliau telah dilaporkan oleh US Department of Veteran Affairs sebagai 'Becoming the first to wear hijab in the Air Force' dan disiarkan di NBC News.

Lt.Ouza merupakan seorang graduan undang-undang dari University of Toledo dan untuk pengetahun korang, sebelum ini beliau telah membuat rayuan kepada Tentera Udara bagi mendapatkan pertimbangan khas agama.


Hasilnya, beliau dibenarkan untuk menyertai latihan dan berkhidmat dengan memakai hijab. Kelulusan ini selari dengan keputusan Tentera Udara yang sebelum ini telah meluluskan perkara yang sama kepada pegawai Sikh.

Lt Ouza merupakan pegawai yang cemerlang dan dianugerahkan "Airman of the Week" oleh rakan sejawatan dan pegawai latihan beliau. Kata mereka, beliau merupakan pemimpin sejati yang menyumbang kepada Tentera Udara, lapor Air Force Times.

Lt. Ouza juga adalah berasal dari keluarga imigran Lebenon di Dearborn, Michigan dan menunjukkan semangat yang kuat untuk menyumbangkan tenaga melalui Tentera Udara Amerika Syarikat.


Sumber: Oh! Media