Marvel Cinematic Universe Melamar Keanu Reeves


Nama Keanu Reeves yang merupakan seorang perlakon yang cukup popular kini berada dalam radar Marvel Cinematic Universe. Keanu yang kembali menyerlah dalam aksi lakonan mantap dalam filem John Wick 3 ini disenaraikan oleh MCU untuk membintangi filem tarbaru mereka.

Filem apa agaknya? Sebelum ini, dikatakan pihak MCU telah berjumpa Keanu Reeves untuk membintangi filem Marvel iaitu The Eternals. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh pengarah MCU Cosmic, Chloe Zhao, ada perbincangan untuk membawa masuk Keanu Reeves dalam franchise filem Marvel tersebut.

Walau bagaimanapun, watak yang akan dibawa oleh Keanu Reeves masih lagi kekal misteri. Malah, Keanu Reeves akan menyertai Angelina Jolie, Kumail Nanjiani dan Richard Madden untuk filem tersebut.

Tidak sabar rasanya menantikan kejutan demi kejutan yang akan dibawakan MCU dan untuk pengetahuan korang, The Eternals disasarkan untuk ditayangkan pada tahun 2025.

Sumber: Oh! Media