Pembukaan drawbridge berjalan lancar

Posted on Sunday, June 02, 2019 | 6/02/2019


KUALA TERENGGANU – Sebagaimana dijadual, jambatan angkat atau drawbridge di sini mula dibuka kepada kenderaan tepat pukul 7 pagi ini untuk tempoh percubaan sehingga 17 Jun ini.

Secara simbolik laluan jambatan yang menjadi tumpuan ramai itu dibuka dengan menanggalkan reben oleh wakil kerajaan negeri, jabatan serta agensi berkaitan.

Proses pembukaan jambatan unik yang merupakan mercu tanda ikonik baharu Terengganu itu berjalan lancar dengan aliran trafik semakin sibuk dari kedua-dua arah.

Jambatan yang menelan belanja RM248 juta sepanjang 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut itu membolehkan pengguna menjimatkan masa perjalanan tidak sampai 10 minit dari Seberang Takir, Kuala Nerus ke pusat bandar raya.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya; Pengurus Kanan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Razlee Hassan dan Ketua Polis Daerah ini, Asisten Komisioner Abd. Rahim Md. Din. – UTUSAN ONLINE



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/02/2019

0 comments:

Loading...