"Sejak Bila Jadi Sugar Mommy Hook Up Ni?" - Pihak Tak Bertanggungjawab Salah Guna Foto Adibah Noor

Posted on Tuesday, June 04, 2019 | 6/04/2019



Selebriti berbakat, Adibah Noor berang apabila fotonya digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Foto Adibah digunakan dalam profil LinkedIn seorang pengguna yang sedang mencari individu yang mahu berkhidmat dengan 'sugar mommy'. LinkedIn merupakan sebuah laman web jaringan sosial yang berorientasikan bisnes.

LinkedIn sering digunakan untuk jaringan profesional serta boleh juga digunakan untuk mencari pekerjaan. Perkara terbabit didedahkan oleh pengguna Twitter bernama Haffiz (@mhaffizj). "Adibah Noor, sejak bila jadi sugar mommy hook up ni?" tulis Haffiz.


Haffiz turut memuat naik paparan skrin profil LinkedIn terbabit yang menggunakan foto Adibah. Tidak berdiam diri, Adibah memberikan respon terhadap entri tersebut dan menyeru peminatnya untuk membuat laporan terhadap akaun terbabit. "Cilakak betul! Gais, minta repost this account please. Sumpah! I tak buat kerja ni! Haih!" jelas Adibah.


Rata-rata peminat membantu Adibah dan membuat laporan terhadap akaun palsu tersebut. Entri Adibah berkenaan dengan perkara itu mendapat hampir 5,300 ulang kicau di laman Twitter.








Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/04/2019

0 comments:

Loading...