Semua Orang di Muka Bumi Akan Jadi Jutawan Jika Dapatkan Asteroid Ini


Memang kita sedia maklum bahawa emas merupakan antara sumber yang kita boleh dapatkan di dalam bumi dan kita hanya perlu mencari dan menggali untuk mengeluarkannya ke permukaan. Namun, lain pula ceritanya apabila pihak pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) yang mendakwa mereka sedang memerhati sebuah asteroid yang dipenuhi dengan emas.

Emas yang terdapat di asteroid itu juga dikatakan mampu menjadikan semua orang di atas bumi ini seorang jutawan dan ia diberi nama Asteroid Psyche 16 yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari.



Selain dari emas, ia juga dipenuhi dengan timbunan platinum, besi dan nikel yang bernilai hampir 8,000 kuadrilion (pound).

NASA mengumumkan bakal melancarkan misi penyiasatan asteroid berkenaan pada musim panas tahun 2022 dan dijangkakan tiba di Psyche 16 pada 2026. Namun, sekiranya kita dapat membawa pulangnya ke bumi, ia ternyata akan menghancurkan harga komoditi dan menyebabkan ekonomi dunia yang bernilai 59.5 triliun (pound) ini musnah.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media