Siapakah “Father and Mother” Yang Dimaksudkan Oleh Abang Mat?

Posted on Tuesday, June 04, 2019 | 6/04/2019



Istilah yang digunakan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika sesi soal jawab Dialog Shangri-La yang berlangsung di Singapura baru-baru ini adalah merujuk kepada penaja pengganas yang menyalurkan sumber kewangan bagi menyokong aktiviti mereka.

Setiausaha Akhbarnya, Amin Shah Iskandar ketika mempertahankan ucapan yang dibuat bosnya berkata istilah "father and mother" itu merupakan terma yang biasa digunakan dalam Counter-Terrorisme.

Beliau menggunakan rujukan anekdot apabila dia menyebut tentang "father and mother" kepada organisasi pengganas, ia merujuk kepada unsur penaja pengganas.

Beliau (Mohamad Sabu) juga berkata bahawa pengganas sering dilengkapi senjata yang baik seolah-olah mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh menyokong aktiviti mereka.

Video tular Mohamad menjawab soalan pada Dialog Shangri-La dikritik netizen gara-gara beberapa istilah yang digunakan menteri pertahanan itu.


Sumber : Awani

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 6/04/2019

0 comments:

Loading...