Tiada bukti kukuh, bapa tampar bayi sampai mati mungkin akan dibebaskan

Posted on Saturday, June 01, 2019 | 6/01/2019



Seorang bapa yang didakwa menampar hingga mati bayi perempuannya berusia enam bulan dijangka dibebaskan berikutan polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohamad berkata, bedah siasat terhadap bayi perempuan itu tidak menemui kecederaan atau pendarahan serius selain doktor mengesahkan suspek tidak mengalami masalah mental seperti yang dilaporkan.

“Polis tidak menolak kemungkinan bayi pasangan itu mempunyai sejarah penyakit yang tidak diketahui,” katanya kepada media selepas melancarkan Op Selamat 15 sempena Perayaan Aidilifitri di Kilometer 26 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini, hari ini.

Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan ujian deoksiribonukleik (DNA) pasangan itu daripada Jabatan Kimia, katanya”

Noor Mushar berkata ibu bayi itu yang merupakan rakyat Thailand kemungkinan ditahan di bawah Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabtu lepas, lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kerana disyaki menampar sehingga mati bayi itu selepas bertengkar dengan isterinya yang memaksa beliau makan ubat sakit mental di kediaman mereka di Kampung Baroh, Santan di sini.

Beliau direman sejak Rabu lepas dengan tempoh reman itu dijangka berakhir pada 4 Jun depan. - Bernama

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 6/01/2019

0 comments:

Loading...