Tiga gajah betina ditemui mati disyaki diracun

Posted on Tuesday, June 04, 2019 | 6/04/2019


TIGA gajah betina ditemukan mati dipercayai akibat diracun di Kampung Sri Timur 3, dekat Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, berkata, penemuan pada 9.30 pagi itu adalah susulan maklumat orang awam yang ternampak tiga gajah itu terbaring bergelimpangan di kampung berkenaan.

“Kejadian telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhilitan Kluang dan kira-kira 11.30 pagi, wakil dari jabatan itu tiba di tempat kejadian untuk menjalankan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban, yang dihubungi Bernama, mengesahkan kematian itu dan memberitahu pihaknya masih lagi menunggu laporan forensik untuk mengetahui punca sebenar kematian.

Katanya, satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menjelaskan kejadian tersebut.



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/04/2019

0 comments:

Loading...