Ugut guna parang, suspek utama telah ditahan


Suspek utama kes lelaki ugut pengguna jalan raya menggunakan parang di Lebuhraya Pasir Gudang Isnin lalu telah ditahan polis. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata, suspek berusia 31 tahun yang merupakan anggota kumpulan penjenayah yang sedang diburu polis, ditahan di kawasan Simpang Renggam pada jam 5.30 petang. 

Suspek ditangkap bersama tiga lagi anggota kumpulan berusia 26 hingga 40 yang disyaki terlibat dalam kes samun, manakala seorang suspek yang mengugut pengguna jalan raya pada hari kejadian sedang diburu. 

Dengan penahanan semua suspek itu, polis telah berjaya menyelesaikan 11 kes jenayah samun di sekitar daerah Johor Bahru Selatan dan kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 9 jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 395/397 kanun sama kerana menyamun yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. 

Sumber: Bernama

LAPORAN BERKAITAN 


Sumber : thereporter.my