18 penuntut UPNM diperintah bela diri, seorang dibebaskan

Posted on Wednesday, July 31, 2019 | 7/31/2019



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azman Abdullah, memerintah 18 penuntut UPNM membela diri dalam kes kematian Zulfarhan Osman, dua tahun lalu. 

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. 

Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias, 23, yang dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. 

Lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh Zulfarhan. Manakala, Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersubahat membunuh mangsa. 

Keenam-enam tertuduh bersama 12 penuntut lain turut diarahkan membela diri atas pertuduhan dengan senjaga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa bagi maksud hendak memerahnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba. 

Bagaimanapun, tiga tertuduh dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan mencederakan mangsa dalam kejadian 21 Mei 2017. 

Bagi kejadian pada 22 Mei 2017, seorang tertuduh dilepaskan dan dibebaskan. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 7/31/2019

0 comments:

Loading...