4 Pasukan Layak Secara Automatik Ke PUBG Mobile National Championship (PMNC 2019)



Pasukan Junior Talent, AROV Esports, Team Secret dan VIP Squad dijemput secara terus dan akan menyertai 12 pasukan lain yang memenangi pusingan kelayakan bagi kejohanan PUBG Mobile National Championship (PMNC 2019) kali ini.

Pengumuman ini bukanlah satu kejutan luar biasa kerana mereka dijemput di atas prestasi membanggakan di PMCO SEA baru-baru ini. Mengikut turutan, Yoodo Gank berjaya memperoleh kelayakan pertama ke PMCO SEA Grand Finals sekali gus mereka dijemput secara terus ke Fall Split tanpa perlu bertanding di PMNC sementara Secret, Junior Talent, VIP Squad dan AROV masing-masing dipilih kerana mereka layak ke liga Asia Tenggara selama lima minggu itu.






Paling menarik untuk kejohanan kali ini, empat yang teratas akan layak ke PMCO Fall Split yang merupakan liga Asia Tenggara yang sama seperti Spring Split dan akan berlangsung selama lima minggu di Shanghai, China. PMNC 2019 akan diadakan di Quill City Mall pada 13 dan 14 Julai ini.

Sumber: MyGameOn

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media