Anak Bongsu Razif Sidek Bakal Gantikan Lee Chong Wei?


Mesti ada antara korang yang kenal dengan nama seorang anak muda yang telah berjaya merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun iaitu Muhammad Fazriq Mohamad Razif.

Untuk pengetahuan korang, Fazriq merupakan anak bongsu kepada lagenda beregu lelaki negara, Datuk Razif Sidek dan Fazriq dilihat bersemangat untun terus meraih kejayaan seperti yang dicapai Datuk Lee Chong Wei.

“Bukan mudah menjadi pemain nombor satu negara pada usia yang masih muda, saya baru berusia 15 tahun. Saya perlu menyusun jadual saya sebaik mungkin, dan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun saya akan cuba menjadi wakil negara (di peringkat senior).

“Saya mungkin boleh menjadi seperti Chong Wei jika saya terus mempamerkan aksi terbaik pada setiap kejohanan,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC) di sini.

Muhammad Fazriq mara ke pentas final kejohanan itu hari ini, selepas menumpaskan rakan sepasukan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Anson Cheong Yan Feng, 21-16, 21-18 pada aksi separuh akhir semalam.

Pemain muda itu menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan legenda badminton negara, Chong Wei, setelah merangkul kejuaraan kesembilannya di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun, selepas menumpaskan Alex Lenier, 21-16, 21-10 pada final di Jepun, 30 Jun lepas.

Sumber: Oh! Media