Bakal Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun Kerana Menjilat Aiskrim


Adakah sikap bermoral ini sudah mula menjadi ikutan dan trend? Kami maksudkan dengan sikap merosakkan makanan yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai tanpa membeli dan membayarnya. Selepas tersebar dengan 1 video menunjukkan sekumpulan remaja merosakkan dan mengalihkan makanan di sebuah kedai Familymart, kini ada pula seorang wanita telah menjilat sebekas aiskrim sebelum diletak kembali di dalam peti sejuk.

Wanita yang diberi nama ejekkan 'Lufkin Licker' berkenaan telah melakukan perkara itu di sebuah pasar raya di Texas, Aerika Syarikat dan dikatakan bakal berdepan hukuman penjara selama 20 tahun.

Rakaman video yang telah ditonton lebih 11 juta kali itu dipercayai diambil di sebuah cawangan pasar raya Walmart di Lufkin, Texas.

"Detektif kami sedang berusaha mengesahkan identiti suspek wanita dalam video tular yang merakam aksinya menjilat aiskrim jenama Blue Bell 'Tin Roof' di sebuah pasar raya Walmart pada kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) 28 Jun lalu.

"Sebaik identitinya disahkan detektif akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya atas tuduhan merosakkan produk pengguna," kata kenyataan polis.

Pihak polis juga sedang giat mencari lelaki yang merakam yang dipercayai bersama wanita terbabit.

Susulan dari kes terbabit juga, pihak Blue Bell dikatakan telah menarik semua aiskrim 'Tin Roof' di pasar raya terbabit.



Sumber: Sinar

Sumber: Oh! Media