DS Najib Sindir Chef Wan 'Dirasuk Syaitan' Lagi!

Posted on Tuesday, July 09, 2019 | 7/09/2019



Ini bukan kali pertama kontroversi melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan tukang masak terkenal, Chef Wan. Terdahulu, Chef Wan pernah mengeluarkan kenyataan mahu menampar bekas Perdana Menteri itu.

Terbaru menerusi Twitter, Najib Razak membangkitkan kenyataan Chef Wan mengenai golongan peneroka Felda. Najib secara sinis menyindir Chef Wan akan sekali lagi memohon maaf atas alasan 'dirasuk syaitan.


"Ikon Felda bersuara. Dia kata peneroka Felda adalah orang malas serta suka berkahwin dua atau tiga. Selepas berkahwin pula, peneroka 'membiak seperti kucing'. Tak apa, nanti dia akan meminta maaf dengan alasan bahawa dia sekali lagi dirasuk syaitan," katanya DS Najib.

Januari lalu, Chef Wan memohon maaf kepada Najib kerana mahu menampar mukannya. Chef Wan juga mengakui kesilapannya kerana membuat kenyataan dalam keadaan marah.

“Kepada Datuk Seri Najib, pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa kasar yang saya telah gunakan diwaktu saya merasa amat marah. Ya saya mengaku silap bila dirasuk syaitan dan naik marah,” katanya.

Ahad lalu, Chef Wan dinobatkan sebagai Tokoh Ikon Felda 2019. Chef Wan menerima pengiktirafan tersebut daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/09/2019

0 comments:

Loading...