Gaji Pekerja Malaysia Dibayar Tanpa Mengikut Nilai Sepatutnya

Posted on Friday, July 19, 2019 | 7/19/2019



Perkara ini mesti ramai telah mengetahui kerana kita semua sebagai rakyat telah merasainya. Perkara ini dikuatkan lagi apabila Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 telah dikeluarkan dan melaporkan bahawa gaji pekerja di Malaysia merupakan antara yang dibayar tanpa mengikut bayaran sepatutnya diterima pekerja.

Pekerja Malaysia dilihat telah memberikan produktiviti yang baik tetapi gaji yang diterima tidak setanding dan pekerja Malaysia juga masih dibayar dengan kadar upah yang lebih rendah berbanding nilai yang diterima pekerja di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jerman dan Singapura.

Dalam laporan lain, Bank Negara juga menunjukkan beberapa situasi dimana jika seorang pekerja itu dibayar gaji sebanyak RM1,387, sebenarnya pekerja terbabit telah menghasilkan output sebanyak RM4,079.

Jadi apa agaknya yang akan dilakukan kerajaan bagi mengatasi ketidakseimbangan gaji pekerja ini? Diharapkan ia akan dapat diselesaikan dengan cepat jika tidak mahu pekerja Malaysia terus ditindas.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/19/2019

0 comments:

Loading...