Game Of Thrones Cipta Rekod, Terima 32 Pencalonan Anugerah Emmy

Posted on Wednesday, July 17, 2019 | 7/17/2019



Musim terakhir siri Game of Thrones (GoT) berjaya memperoleh 32 pencalonan Anugerah Emmy yang diumumkan pada Selasa, sekaligus mencipta rekod sebagai penerima pencalonan terbanyak dalam sejarah anugerah berprestij itu.

Sebelum ini, GoT sudah memegang rekod sebagai siri yang paling banyak memenangi trofi Emmy, dengan 42 kemenangan. Antara pencalonan yang diterima GoT ialah Aktor Terbaik (Kit Harrington), Aktres Terbaik (Emilia Clarke) dan Siri Drama Terbaik.

Turut menerima pencalonan adalah The Marvelous Mrs. Maisel dengan 19 pencalonan, diikuti Chernobyl dengan 18 pencalonan. Peminat Beyoncé juga tentunya teruja apabila siri istimewa Netflix yang merakam kisah di sebalik persembahannya di Coachella pada 2018, Homecoming, menerima enam pencalonan. Anugerah Emmy ke-71 dijadualkan berlangsung pada 22 September depan, namun sehingga kini hos acara itu belum diumumkan.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/17/2019

0 comments:

Loading...