Gempa Bumi Indonesia Ragut 5 Nyawa Setakat Ini

Posted on Wednesday, July 17, 2019 | 7/17/2019



Minggu lalu kepualauan terpencil Indonesia telah melalui gempa bumi kuat dan kini jumlah korban telah meningkat kepada lima orang dan ribuan mangsa masih lagi tinggal di pusat perlindungan.

Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda lokasi kira-kira 165 kilometer ke selatan bandar Ternate di Maluku Utara petang Ahad lalu, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Hampir 1,000 rumah rosak di daerah jarang penduduk di Halmahera Selatan, yang terletak berhampiran pusat gegaran, dan lebih 3,000 berlindung dalam bangunan kerajaan dan sekolah kerana bimbang berlaku gegaran susulan.

Untuk pengetahuan korang, Indonesia terletak di kawasan yang kerap mengalamni aktiviti gempa bumi dan gunung berapi kerana ia berada dalam Lingkaran Api Pasifik.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/17/2019

0 comments:

Loading...