Huawei Mate 30 Pro, Tampil Dengan Susunan Kamera Yang Berbeza? Serius Lah?!

Posted on Sunday, July 14, 2019 | 7/14/2019



Huawei Mate 30 Pro dikatakan bakal menampilkan tetapan kamera ‘Quad’ iaitu empat atau lima lensa di bahagian belakang yang disusun secara menegak. Walaupun peranti kelas mercu itu belum dilancarkan, namun beberapa laman web mendakwa menerima beberapa imej pelindung telefon berkenaan.


Berdasarkan imej berkenaan, pelindung telefon pintar itu mempunyai susunan kamera menegak dan bakal menampilkan empat lensa berlainan fungsi. Difahamkan bahawa Huawei akan melancarkan peranti itu pada suku keempat tahun ini namun tiada garis masa khusus ditetapkan.

Laman web berkenaan melaporkan bahawa beberapa imej pelindung telefon pintar itu diperoleh daripada bahagian pembuatan Huawei. Tidak dapat dipastikan sama ada Huawei Mate 30 Pro bakal menggunakan tetapan lensa ‘Quad’ ataupun lebih daripada bilangan berkenaan.

Berkemungkinan peranti berkenaan akan menggunakan pemproses Kirin 985 dengan sokongan rangkaian 5G dan skrin paparan jenis AMOLED. Jika dibandingkan dengan Huawei P30 Pro, kamera utama mampu menyokong 50 kali pembesaran digital dan lima kali pembesaran optik.

Spesifikasi Huawei Mate 30 Pro juga bakal menampilkan padanan perkakasan terkini berbanding Huawei P30 Pro terutamanya fungsi kamera.

Sumber: MyMetro

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/14/2019

0 comments:

Loading...