"Ibu Saya Tak Pernah Tanya Bila Nak Kahwin" - Mira Filzah

Posted on Friday, July 12, 2019 | 7/12/2019



Dikala sudah ramai selebriti mendirikan rumah tangga, Mira Filzah pula lebih selesa bergelar solo. Malah kata Mira, ibunya juga menggalakkan beliau untuk terus aktif bekerja selagi punya permintaan dalam industri.

Pelakon kecil molek ini juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran umur untuk berkahwin kerana mahu terus fokus dalam karier anak seni. Katanya, beliau juga tidak merasa tertekan dengan status solonya itu.

"Saya tidak pernah letak target untuk berkahwin. Saya hanya ikut aturan yang ditetapkan. Sampai masa saya berkahwin juga. Ibu juga tidak pernah bertanya soal ini. Dia lebih menggalakkan untuk aktif selagi masih ada permintaan.

"Banyak lagi perkara yang ingin saya kejar dalam bidang seni. Tidak pernah berasa tertekan atau sedih apabila diri ini masih solo. Kalau ada yang datang untuk berkawan dan saling faham, saya okey saja," katanya.

Terdahulu ramai mengaitkan Mira dengan pelakon dark, tall and handsome, Remy Ishak selepas drama yang dilakonkan bersama menjadi. Namun keduanya menafikan mempunyai hubunga istimewa diluar set penggambaran.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/12/2019

0 comments:

Loading...