Kesesatan Puak Tajsim

Posted on Monday, July 08, 2019 | 7/08/2019



Soalan:
Ada sesetengah orang-orang yang berkata bahawa Allah itu ada baginya anggota dan bertubuh kerana datang ayat al-Quran dan hadith menyatakan begitu. Dan mereka mendakwa inilah jalan salaf yang benar. Adakah benar dakwaan golongan ini?

Jawapan:
Tersebut pada himpunan fatwa Mufti Negeri Oman:

“Adapun mazhab Tajsim maka pengikutnya beriktikad bahawa Allah itu ada mempunyai anggota badan dan bahkan mereka menjadikan Allah itu lebih besar dari segala tubuh badan. Mereka berhujjah akan benarnya mazhab mereka dengan zahir segala nas yang mutasyabihat (ayat yang kesamaran maknanya) yang telah datang padanya lafaz ada tangan dan mata dan muka dan duduk umpamanya.

Dan ialah hujjah yang batil dari kerana segala makna yang zahir pada segi bahasa bukannya yang dikehendaki bagi syarak. Bahkan ia berjalan atas uslub kefasihan bahasa arab pada pertuturan mereka.

Setiap lafaz al-Quran dan hadith yang mustasyabihat menunjukkan atas Tuhan bertubuh atau membawa kepada mengambil lapang dan tempat dan mempunyai arah dan tinggi dan nyata dan lain dari yang demikian itu maka wajib pada syarak tidak beriktikad dengan yang zahirnya. Bahkan wajib menyucikan Allah dari demikian makna yang batil. Dari kerana sungguhnya ia mustahil pada sisi aqal dan pada sisi syarak.”

Firman Allah Taala:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
“Tidak ada suatupun seumpama Allah. Dan Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (As-Syura : 11)


Jikalau sah keadaan Allah itu bertubuh badan maka ternafilah ketuhanan-Nya. Maha suci Allah dari yang demikian itu akan sebagai sebenar suci.

Hasilnya bagi Ahlu Sunnah Wal Jama’ah ada dua mazhab kemudian daripada sepakat atas wajib mensucikan Allah Taala dari barang yang tidak layak dengan-Nya daripada membangsakan Tuhan bertubuh badan dan menyerupakan dengan makhluk iaitu:

Mazhab Takwil : Iaitu menafikan makna yang zahir serta menerangkan apa yang dikehendaki Allah Taala dengan ayat.

Mazhab Tafwidh : Iaitu menafikan makna yang zahir serta tidak menerangkan apa yang dikehendaki Allah Taala dengan ayat.

Kedua-dua mazhab ini adalah sebenar yang menyucikan penyerupaan Allah dengan makhluk yang wajib atas sekelian mukallaf.

Maka sungguhnya mazhab Tajsim yang mengatakan Tuhan bertubuh dan beranggota adalah batil pada iktikad agama Islam dan tidak harus yakni haram mengikutinya dari kerana ia menyalahai jalan Ahlu Sunnah Wal Jama’ah.

Dan tidak berdiri ia atas satu pun dalil nas. Bahkan segala dalil-dalil akal dan nas bersetuju atas kebatilannya dan betapa salahnya orang yang berkata dengannya. Tiada ada seorang jua pun dari masa salaf dan tiada pada masa khalaf yang berkata dengannya.

Semua yang datang dari mereka ini daripada barang yang menyalahi akan aqidah menyucikan Allah adakalanya ia tidak sabit pada nas atau ditakwilkan dengan barang yang telah kami sebut akan dia daripada aqidah yang sahih. Tidaklah berjalan kepada menyatakan Allah bertubuh dan beranggota dan menyerupakan dengan makhluk melainkan sedikit daripada manusia yang tidak patut sama sekali berpaling dan bersandar kepada perkataan dan pandangan mereka ini.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/08/2019

0 comments:

Loading...