Manusia Menjadi Kera Dan Babi

Posted on Monday, July 08, 2019 | 7/08/2019



Soalan:
Akan bertukar manusia di akhir zaman menjadi kera dan babi. Adakah pertukaran tersebut pertukaran benar-benar atau sekadar kiasan sahaja?

Jawapan:
Rasulullah saw telah bersabda:

تَبِيتُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَلَهْوٍ وَلَعِبٍ، ثُمَّ يُصْبِحُونَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ، وَيُبْعَثُ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَائِهِمْ رِيحٌ فَتَنْسِفُهُمْ، كَمَا نَسَفَتْ مَنْ كَانَ قَبْلَهُمْ بِاسْتِحْلاَلِهِمُ الْخُمُورَ وَضَرْبِهِمْ بِالدُّفُوفِ، وَاتِّخَاذِهِمُ الْقَيْنَاتِ
“Suatu puak daripada umatku pada waktu malamnya makan dan minum serta bermain dan berhibur kemudian pada paginya bertukar menjadi kera dan babi. Dan dihantar kepada orang-orang yang hidup di kalangan mereka suatu angin yang akan mengubah kejadian mereka sebagaimana telah diubah kejadian orang-orang yang sebelum mereka dengan sebab mereka menghalalkan minum arak dan muzik yang melalaikan dan mendengar mereka akan penyanyi-penyanyi wanita.” [Riwayat Ahmad]


Dan telah datang sebutan tentang perubahan kejadian selain hadith ini beberapa hadith yang telah meriwayatkannya oleh periwayat hadith-hadith yang sahih.

Dan sungguhnya telah berselisih oleh ulama’ adakah perubahan tersebut sungguh terjadi atau hanya kiasan.

Perubahan yang sungguh ialah bahawa jadilah orang-orang yang melakukan dosa itu babi yang sebenar dan kera yang sebenar kemudian dimatikan mereka tidak lama selepas kejadian tersebut.

Dan adapun perubahan yang bermkasud kiasan sahaja ialah bertukar perangai mereka menjadi perangai kera iaitu suka mengikut dan meniru dengan membabi buta manakala babi pula ialah jadilah perangai kaum wanita orang yang tidak lagi mempunyai rasa malu dan segan.

Yang wajibnya atas kita semua ialah menjauhkan segala dosa yang boleh menyebabkan bertukar menjadi haiwan seperti itu. Samada berubah menjadi kera dan babi sungguh atau berubah akhlak sahaja maka kita mohon berlindung dengan Allah dari yang demikian itu.

Rasulullah saw juga telah bersabda:

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ وَلَيَنْزِلَنَّ أَقْوَامٌ إِلَى جَنْبِ عَلَمٍ يَرُوحُ عَلَيْهِمْ بِسَارِحَةٍ لَهُمْ يَأْتِيهِمْ- يَعْنِي الْفَقِيرَ- لِحَاجَةٍ فَيَقُولُوا ارْجِعْ إِلَيْنَا غَدًا فَيُبَيِّتُهُمُ اللَّهُ وَيَضَعُ الْعَلَمَ وَيَمْسَخُ آخَرِينَ قِرَدَةً وَخَنَازِيرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
“Sungguh pasti akan terjadi suatu hari pada kalangan umatku kaum yang menghalalkan perzinaan, sutera, minuman keras dan alat-alat muzik. Dan pasti akan ada kaum yang pergi ke tepi bukit yang tinggi, lalu para pengembala dengan kambingnya mendatangi mereka, lantas berkata: Kembalilah kepada kami esok hari. Kemudian pada malam harinya Allah membinasakan mereka dan menghempaskan bukit itu ke atas mereka sedang yang lain diubah kejadian mereka menjadi monyet dan babi sampai hari kiamat.” [Riwayat Bukhari]


Mereka ini ialah orang-orang yang telah menghalalkan zina, arak dan muzik yang melalaikan. Kami mohon akan Allah keselamatan dari fitnah. Dan lihatlah apa yang telah disuarakan oleh sebahagian manusia pada zaman ini?

[Fatwa Dr Nuh Ali Salman]

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/08/2019

0 comments:

Loading...