Mengaku Bersalah Curi Motosikal, Calon UPSR Di Dakwa!

Posted on Monday, July 08, 2019 | 7/08/2019



Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mengaku bersalah mencuri sebuah motorsikal pada Jun lalu. Pengakuan itu dibuat ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan tertuduh yang telah melakukan kesalahan mencuri sebuah motorsikal jenis Modenas Kriss yang bernilai RM1,000.

Perbuatan itu dilakukan pada 25 hingga 26 Jun lalu sekitar jam 7.30 malam hingga 6.30 pagi di bawah garaj hadapan Blok E Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000. Hakim kemudian menetapkan 24 Julai untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak.

Sumber: Awani

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/08/2019

0 comments:

Loading...