Meski Berjaya Turunkan Takrifan Umur Belia, Syed Saddiq Tetap Di Kecaman!

Posted on Thursday, July 04, 2019 | 7/04/2019



Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menerusi akaun Twitter,  beliau memaklumkan bahawa beliau telah berjaya menurunkan takrifan umur belia setelah di bentangkan di parlimen.

Menurut beliau, perdebatan melebihi lima jam dengan disertai 17 ahli parlimen, akhirnya takrifan umur belia berjaya diturunkan daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

"Ini akan membawa impak yang besar, kerana peruntukan-peruntukan yang majoriti disalurkan kepada anak muda atas 30 tahun, sekarang boleh disasarkan kepada kumpulan belia berisiko bawah 30 tahun," katanya.

Syed Saddiq turut meminta agar pertubuhan-pertubuhan belia perlu bersedia untuk di gerakkan dan mengetuai gerakan berkenaan. Ini bagi memastikan masa depan Malaysia di tentukan oleh golongan belia.

Beliau turut membidas mereka yang mahukan orang-orang muda untuk menjadi menteri serta ahli parlimen tetapi tidak memberi sokongan kepada mereka.

Di akhir video berkenaan, Syed Saddiq berterima kasih dengan penyertaan yang diberikan oleh ahli parlimen, samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.




Walaubagaimanapun, tindakan beliau beliau tidak mendapat sokongan pengikut  Twitter beliau, malah ada yang mengecam dengan mengingatkan kembali janji-janji beliau dahulu sewaktu PRU lepas.


Sumber: Akaun Twitter @SyedSaddiq

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/04/2019

0 comments:

Loading...