MLBB: Semua Pasukan Jemputan Diberi Masa Sehingga 12 Julai Untuk Hantar Senarai Pemain



Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) yang telah mendapat jemputan terus untuk menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat diberi tempoh sehingga 12 Julai untuk menghantar senarai pemain kepada penganjur, eGG Network.

EGG Network berkata selepas senarai pemain itu telah dihantar, mereka akan melakukan semakan dan akan membuat pengumuman yang berkaitan. Sebelum ini, dalam satu kenyataan media, EGG Network telah mengumumkan enam pasukan mendapat jemputan terus untuk menyertai MPL Musim Keempat, iaitu:




-Geek Fam (Juara MPL Musim Ketiga)
-EVOS Esports SG (Naib Juara MPL Musim Ketiga)
-Bigetron SG (Tempat Ketiga Juara MPL Musim Ketiga)
-Reborn (Kedudukan ke-5/6 Musim ketiga)
-Xpax X-Assins (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)
-Shopee Bosskurr (Kedudukan ke-7/8 Musim ketiga)

Namun timbul beberapa persoalan berkaitan jemputan terus tersebut. Antaranya sama ada Reborn layak untuk mendapat jemputan terus ke liga itu selepas tiga daripada pemainnya secara rasmi telah meninggalkan pasukan tersebut.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Reborn mengumumkan Loong, Rynn dan Evilx umum meninggalkan pasukan itu. Mereka ini bermain untuk pasukan Axis Bosskurr. Menurut Pengurus E-sukan Moonton, Jayden Wei dalam satu kenyataan pada Isnin, selagi pasukan-pasukan berkenaan yang mendapat jemputan terus masih mengekalkan 60% barisan pemain masih sama seperti musim ketiga, mereka layak untuk menyertai liga yang akan datang.

MPL Malaysia dan Singapura kini kembali untuk musim keempat dan menawarakan hadiah wang terkumpul sebanyak RM414,000. Pendaftaran telah pun dibuka sejak 5 Julai lepas dan akan ditutup pada 14 Julai nanti.

Sumber: WTM

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan




Sumber: Oh! Media