Orange Sphynx Tersingkir Awal Di Dreamhack Showdown



Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air, Orange Sphynx telah menamatkan perjuangan mereka dalam Kejohanan Dreamhack Showdown semalam. Walaupun telah mencuba sehabis baik, Orange Sphynx terpaksa melangkah keluar dari kejohanan tersebut selepas tewas 2-0 dengan pasukan Eropah Copenhagen Flames pada perlawanan Best of 3 Peringkat Penyingkiran Kumpulan A semalam.

Pada peta pertama Overpass, Orange Sphynx dilihat mempunyai harapan untuk memberi saingan apabila mereka meraih mata pertama ketika Copenhagen Flames mendahului 2 mata di hadapan. Namun dalam perlawanan peta pilihan Copenhagen Flames itu sememangnya tidak memberi peluang kepada Orange Sphynx untuk beraksi baik apabila mereka terus mengutip mata ke-13.




Selepas perlawanan berehat sementara, Orange Sphynx berjaya mendapat mata ketiga dan keempat. Perlawanan kemudiannya berehat seketika berikutan bunyi siren di tempat kejohanan. Selepas beberapa minit, perlawanan kembali berlangsung dan Copenhagen Flames dominasi 16 mata dan Orange Sphynx mengumpul 6 mata.

Orange Sphynx dilihat belum cukup kuat untuk menentang Copenhagen Flames yang seterusnya memenangi perlawanan tersebut. Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Sumber: WTM

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media