'Pada owner kedai, kami mohon maaf, tiada niat nak keruhkan keadaan' - Ibu kepada bekas pekerja

Posted on Friday, July 19, 2019 | 7/19/2019



Susulan viral video ahli keluarga kepada bekas pekerja berperang mulut dengan majikan, ibu kepada gadis berkenaan tampil membuat permohonan maaf. 

"Assalamualaikum, saya ibu kepada bekas pekerja kedai baju cahayaku yang dalam video viral bertarikh 15/7/2019. 

"Kes ini dah kami selesaikan dan video viral ini juga kami mohon dipadam dengan kadar segera. Video ini tersebar tanpa pengetahuan kami. Bukan video penuh dari awal. 

"Pada owner kedai, kami mohon maaf sekali lagi. Tiada niat mengeruhkan keadaan. Tolong share sampai tukang post delete video ini. Kami tak dapat berhubung dengan orang yang post video ini," katanya. 

Semalam, klip video tersebut viral di media sosial menunjukkan ahli keluarga gadis itu datang menyerbu premis tersebut bagi menuntut gaji anaknya.

Pertengkaran di antara kedua-dua pihak menjadi semakin keruh apabila ibu saudara kepada gadis berkenaan merakam, malah mereka mengugut untuk viralkan video tersebut. 

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 7/19/2019

0 comments:

Loading...