'Patutlah kekadang RM1 kena reject time nak bayar tiket parking'


Pernah tak anda mengalami situasi di mana ketika anda cuba membayar tiket parking, wang kertas RM1.00 tidak diterima? Biarpun dicuba beberapa banyak kali, mesin tersebut tetap enggan menerima wang kertas itu? 

Ada yang menyangka situasi itu berlaku berkemungkinan disebabkan oleh keadaan wang kertas yang remuk, kotor, terlipat dan sebagainya. 

Namun menurut wanita itu, adakalanya mesin bayaran tiket parking atau mesin jual air dan yang sewaktu dengannya tidak dapat menerima wang kertas RM1.00 kerana wang kertas tersebut mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. 



"Fakta menarik, sesetengah 'vending machine' tidak menerima RM1.00 anda kerana ia mempunyai tandatangan Muhammad bin Ibrahim. Ia hanya boleh menerima wang kertas yang ditandatangani oleh Zeti Aziz.

"Begitu juga dengan mesin bayaran tiket parking dan yang sewaktu dengannya. Anda mungkin mahu menyemak tandatangan gabenor jika wang kertas yang anda masukkan itu ditolak oleh mesin," kata Aini yang berkongsi mengenai perkara itu di Twitternya. 

Sementara itu, kebanyakan netizen selama ini menyangka kegagalan memasukkan wang kertas itu disebabkan keadaan wang kertas itu yang remuk atau rosak. 








Semoga bermanfaat. 



Sumber : thereporter.my