Projek Tambak Laut, Persatuan Nelayan Tidak Berminat Dengan Pampasan

Posted on Thursday, July 18, 2019 | 7/18/2019




Persatuan Nelayan Pulau Pinang menolak projek tambak laut kerana menutup sumber mata pencarian nelayan setempat disamping memusnahkan sumber perikanan di perairan negeri berkenaan. Meskipun ditawarkan pampapasan oleh kerajaan Pulau Pinang, nelayan setempat tidak berminat kerana dilihat tidak berbaloi untuk jangka masa yang panjang.

"Saya boleh katakan semua nelayan di negeri ini tidak bersetuju dengan projek tambak laut sebab itu kami turun berarak ke Parlimen baru-baru ini bagi menunjukkan kesungguhan kami menolak cadangan tambak laut ini sepenuhnya, bukannya mendesak mahu diberi pampasan," kata Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) , Nazri Ahmad.

Menambah, Nazri Ahmad melahirkan rasa kecewa dengan pendirian Kerajaan Negeri yang seolah-olah menggambarkan nelayan negeri ini bersetuju dengan projek tambak laut di perairan selatan (PSR) negeri ini sekiranya diberi pampasan setimpal.

Pihaknya juga berharap Kerajaan Negeri akan melibatkan persatuan nelayan dalam pertemuan khas itu, yang akan diadakan di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, nanti.

Chow pada Selasa mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengatur pertemuan khas dengan Anwar bagi menjelaskan mengenai rancangan projek itu susulan pertemuan Anwar dengan lebih 200 nelayan di Teluk Kumbar di sini pada Sabtu lepas.

Sumber: Awani


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/18/2019

0 comments:

Loading...