Tak Boleh Guna Gelaran Permaisuri Tanpa Pengumuman Rasmi


Pasti ramai tahu mengenai sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama Rihana Petra ada berkongsikan beberapa kisah termasuk gambar bersama Sultan Muhammad V. Selepas hampir lapan bulan, Istana Kelantan akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung khabar angin melibatkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.


Menurut kenyataan tersebut, tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan. Dalam pada itu, pihak Istana menyeru supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial.

 "Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

"Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis," tulisnya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan





Sumber: Oh! Media