Yana Samsudin Dikecam Dengan Netizen Persoal Status Rihana Oksana


Sejak semalam, tular di media sosial mengenai sekeping sijil perceraian menunjukkan nama wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26 tahun, sah diceraikan talak tiga.

Perkara itu mendapat perhatian ramai netizen yang tertanya-tanya mengenai kesahihan laporan tersebut. Malah, pelakon Yana Samsudin turut meninggalkan komen di Instagtam Rihana untuk mengetahui status rumah tangga wanita itu.


Bagaimanapun, komen oleh pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen, malah ramai yang mengatakan Yana seolah menyibuk dengan rumah tangga orang lain.



Tidak kurang juga ada netizen menyebut kembali isu sebelum ini dimana Yana pernah dihentam selepas dikatakan mencampuri hal perceraian Fizo Omar dan Mawar Karim. Apa pun mungkin niat Yana hanya untuk mendapatkan kepastian. Namun, setakat ini masih belum dapat disahihkan mengenai hal perceraian tersebut.


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan






Sumber: Oh! Media