138 Pemimpin Akar Umbi DAP Bantah Pengenalan Tulisan 'Khat'?


Apa pulak isu kali ni? Pagi tadi Ohmedia ada terbaca satu laporan mengatakan ada lagi pemimpin DAP yang tidak berpuas hati dengan pengenalan tulisan "khat" atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 5 Bahasa Malaysia di sekolah.

Apa yang menarik Ohmedia tengok kali ni adalah, ianya melibatkan seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, dan ia termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri DAP yang mendesak agar membantah pengenalan tulisan 'khat' ini.

Apa agaknya point yang mereka bawa untuk bantah perkara ini? Pertama, mereka menyatakan bahawa pelajar sekolah vernakular sudah cukup mempelajari tiga bahasa dan tiga sistem penulisan. Selain itu, mereka juga melihat bahawa pengenalan tulisan 'khat' ini adalah usaha untuk mempolitikkan tulisan jawi.

Kami bukan tak setuju bahawa ‘khat’ mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar, kata mereka.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin DAP ini juga melihat perkembangan penggunaan papan tanda Jawi di negeri Kelantan, Terengganu dan dibeberapa tempat seperti Pahang dan Melaka hanyalah akan menambah banyak masalah.

Mereka yang mempunyai agenda mungkin merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia, kata kumpulan itu.

Apa yang Ohmedia dapat kata, apa agaknya yang mereka takutkan sebenarnya sedangkang inilah nilai Malaysia yang ada sejak dulu, cuma ia semakin lama, semakin hilang dan kita cuba wujudkannya semuala.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pelajaran, Teo Nie Ching mengatakan 'Khat; akan mula diperkenalkan tahun hadapan dan ia merupakan keputusan yang dibuat pada tahun 2016 oleh kerajaan terdahulu.

Jom Ohmedia kongsikan 13 orang Adun yang ada dalam kenyataan membantah penggunaan tulisan 'Khat' ni, Chow Yu Hui (Tras), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chong Zhe Min (Keranji), Lee Chin Chen (Bilut), Tan Hong Pin (Skudai), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Cheah Pou Hian (Jelapang) dan Leong Yu Man (Triang).

Jadi apa pula pandangan korang dengan perkara ini?

Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media