Budak juling sebelah mata akibat kerap main game di handphone selama 10 jam ketika cuti sekolah

Posted on Tuesday, August 20, 2019 | 8/20/2019



Jika dahulu, kanak-kanak banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti di luar seperti berbasikal, bermain di taman permainan dan sebagainya ketika musim cuti sekolah. 

Tetapi bagi kanak-kanak zaman ini segalanya lebih tertumpu kepada gajet dan ada yang mengalami ketagihan melampau kerana telah dibiasakan dengan gajet sejak dari usia bayi. 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun dari Hefei, China, mengalami juling mata kanan kerana dia terlalu ketagih bermain permainan video di telefon pintar ketika musim cuti sekolah. 

Doktor yang merawatnya terpaksa meminta dia berhenti bermain telefon untuk beberapa hari tetapi budak itu berkata dia tidak dapat menahan dirinya dari berbuat demikian. 

Bapanya berkata, anaknya akan mengambil telefon dia tanpa pengetahuannya dan bermain permainan video selama 10 jam setiap hari yang akhirnya menjadi tabiat buruk sebelum menyedari sebelah mata anaknya mula juling. 

Doktor menjelaskan, apabila kanak-kanak terlalu kerap menggunakan gajet di usia muda, mereka berpotensi mengalami masalah mata, Myopia.

Myopia berlaku apabila bola mata terlalu panjang berbanding dengan kuasa fokus kornea dan kanta mata. 

Ibu bapa dinasihatkan mengawal had masa anak-anak menggunakan gajet/telefon pintar bagi mengelakkan perkara itu berlaku di kemudian hari. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/20/2019

0 comments:

Loading...