Chelsea Tewas Di Tangan Liverpool

Posted on Thursday, August 15, 2019 | 8/15/2019



Adoi! Liverpool menang pulak, haha. Tahniah Ohmedia ucapkan kepada pasukan Liverpool selepas berjaya menundukkan Chelsea 5-4 dalam sepakan penalti selepas terikat 2-2 dalam perlawanan Piala Super UEFA di Istanbul.

Liverpool juga perlu berterima kasih kepada penjaga gol simpanan Adrian selepas muncul wira apabila menafikan sepakan penalti Tammy Abraham.

Semalam Ohmedia ada membuat artikel tentang Sadio Mane yang yakin menang dan ternyata ia ditunjukkan Mane apabila menjadi pemain yang sangat menyerlah dengan memadamkan kelebihan Chelsea hasil jaringan Olivier Giroud untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kemudian Mane meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp di depan pada minit ke-95 sebelum pengadil wanita Stephanie Frappart memberikan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Abraham dijatuhkan Adrian.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/15/2019

0 comments:

Loading...