Dewan Bahasa Dan Pustaka Gesa Kementerian Martabatkan Bahasa Melayu!

Posted on Friday, August 23, 2019 | 8/23/2019


Sumber dari Google
Beberapa hari lepas, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong telah mengumumkan penukaran nama acara tahunan kemeterian berkenaan dari Hari Sukan Negara kepada Malaysia Sport's Challenge 19. Penukaran ini mengundang reaksi pelbagai pihak khususnya dari rakyat sendiri tentang kewajaran menukar nama acara tersebut dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian, Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) tampil membantah penukaran nama terseut kerana menurut DBP, ini menunjukkan keputusan kementerian tidak selari dengan Perlembagaan untuk meluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam program rasmi kerajaan.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hendak digunakan sebagai bahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, sesuatu program yang bertaraf antarabangsa perlu dibuat secara dwibahasa dengan mengutamakan bahasa Melayu dan diikuti dengan bahasa yang lain. DPB menggesa semua kementerian agar mengutamakan bahasa Melayu dan mendaulatkannya sebagai identiti negara.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/23/2019

0 comments:

Loading...