'Dia ditumbuk sampai pengsan sebelum diliwat & disula dengan kayu sepanjang 0.51 meter' - Kes 1999 kembali viral buat netizen terkedu baca fakta kes


"Sedih gila weh! Kesiannya, sampai ke halkum syaitan ni sula," demikian reaksi netizen selepas membaca satu kes jenayah kejam yang berlaku pada tahun 1999. 

Mangsa yang kini sudah dewasa dikatakan terpaksa menanggung kesengsaraan seumur hidup akibat perbuatan pelaku yang menganiayanya. 

TARIKH tragedi ini telah merosakkan masa depan seorang kanak-kanak yang kini telah menjadi lelaki dewasa. Mohd Shah yang kini mungkin berusia 30-an terpaksa menanggung penderitaan seumur hidup akibat perbuatan individu yang tidak berperikemanusiaan. 

Kali terakhir dinyatakan, keluarga Mohd Shah terpaksa mengeluarkan wang bulanan lebih dari RM500 bagi menampung kos peralatan life support untuk diri. 

APA YANG TERJADI KEPADA MOHD SHAH? 

Pada 1 Jun 1999, di antara jam 5 hingga 6 petang di Jalan Tun Ibrahim, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Mohd Shah yang ketika itu berusia 12 tahun ditegur oleh seorang lelaki berusia 30-an yang dikenali sebagai Roslan Imun, bekerja sebagai pemotong rumput. 

Roslan menahan Shah yang ketika itu sedang menunggang basikal seorang diri, lalu meminta mangsa membawa seguni durian menggunakan basikal ke dalam semak berdekatan.

Sampai saja di kawasan yang sunyi, Roslan telah menumbuk dada, muka dan belakang mangsa bertubi-tubi sehingga pengsan. Apabila mangsa tersedar, dia mendapati Roslan telah tiada dan duburnya terasa sakit dan berdarah dan di dalamnya ada sebatang kayu sepanjang 0.51 meter. 

Di Mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff ketika berhujah berkata, berdasarkan laporan perubatan, kira-kira 1 hingga 5 sentimeter dubur bahagian depan mangsa telah koyak dan pundi kencingnya telah ditembusi kayu itu. 

"Sebanyak 95 peratus kayu telah masuk ke dalam tubuh mangsa dan berada betul-betul di bawah sikit dari buah halkum (si mangsa)," katanya. 

Itu bermakna kayu itu telah dimasukkan dari dubur dan hampir menembusi leher mangsa. 

Akibat dari kejadian itu, mangsa terpaksa menjalani beberapa pembedahan, rosak di bahagian dubur, pundi kencing rosak dan terpaksa membuang air kencing menggunakan tiub. 

KENAPA ROSLAN BERTINDAK SEKEJAM ITU?

"Saya mempunyai masalah keluarga dan tertekan. Untuk melepaskan amarah, saya telah bertindak di luar kawalan."


Tetapi apa yang mengejutkan ialah, Roslan merasakan sama sekali tidak ada rasa bersalah kerana ini bukan kali pertama bagi dia melakukan jenayah berat ini. Sebelum ini juga, dipernah disabitkan dengan kes bunuh. 

Pihak mahkamah tidak sedikit pun berasa simpati kepada pihak Roslan. Mahkamah Tinggi Johor Bahru kemudian menambahkan hukuman 20 kali sebatan dan mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Roslan. Namun perbuatannya itu telah memberi kecacatan kekal terhadap Mohd Shah. 

Perkongsian mengenai kes ini viral di media sosial dan diketahui oleh adik mangsa, Mohd Ridzuan, yang kemudian tampil memberi sedikit penjelasan. 

Menurut beliau, abangnya kini berada dalam keadaan baik dan kes itu meninggalkan beberapa kesan yang tidak kritikal kepada kesihatannya. 


REAKSI NETIZEN


Meskipun kes ini sudah lama berlaku, namun orang ramai khususnya golongan ibu bapa perlu mengambil iktibar agar tidak sewenang-wenangnya membiarkan anak keluar dari rumah tanpa sebarang pengawasan orang dewasa. 



Sumber : thereporter.my