Farisya Alya Kena Gangguan Makhluk Halus Di Hostel? Alamak!

Posted on Monday, August 19, 2019 | 8/19/2019



Korang nak tahu tak ada seorang pelajar yang bernama Farisya Alya ada berkongsi di Twitternya yang dia kena ganggu dengan makhluk halus di hostelnya. Berani betul sis tengok Cik Farisya, kalau sis memang tak nak buka pintu tu weh! Before ni dia tak kena macam tu pun tetapi disebabkan dia baru balik dari hiking sorang-sorang pada 8 Ogos di Bukit Beruang, ada pula yang 'ikut' dia balik.



Orang kata kalau balik daripada hutan kena lepak dulu, jangan terus balik sebab nanti dia ikut. Betul ke gais? Yang sis peliknya time hiking tu kenapa lah dia ikut jalan hutan, bukan jalan yang normal. Nasib baik bukan dia sorang je ikut jalan hutan tu tau. Aduh, cuak gais! Lagipun time hari yang dia balik daripada hiking tu, dia memang tak kena apa-apa. Gangguan makhlus halus tu start pada 11 Ogos.



Yang sis pelik, pada hari yang dia kena kacau tu memang tak ada sorang pun tinggal dekat hostel dia. So Cik Farisya ni pun husnudzon lah kan sampai buka lagu EDM. Bila dia dah insaf dengar lagu EDM, dia pun buka lah surah Al-Baqarah dan ayat Kursi sebab dia rasa semacam je bilik dia. Ehhh, tetiba pula dengar budak berlari dekat depan pintu bilik dia pada pukul 12 malam tepat gais.



Bukan dengar budak berlari je gais, dalam video yang Cik Farisya kongsi ni korang boleh dengar juga benda tu 'ketuk' pintu bilik dia dan benda tu siap heret kerusi meja gais. Korang boleh dengar dengan clear. Setiap kali Cik Farisya keluar daripada hostel, dia akan pastikan pintu bilik dia berkunci tau tetapi bila dia balik tak berkunci pula.


So apa pendapat korang kisah Cik Farisya ni? Korang pernah tak kena ganggu dekat hostel time belajar dulu? Nak tahu full story korang bacalah thread dekat Twitter Cik Farisya ni okay. Sis berharap Cik Farisya agar dikuatkan semangat. Bila balik daripada hutan ni kena lepak tempat lain dulu baru balik rumah, terus mandi ya gais? Takut nanti ada benda ikut korang balik rumah huhuhu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh! Moto Vlog


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/19/2019

0 comments:

Loading...