Gangguan bekalan air di Daerah Kuantan esok, 60,000 pemilik akaun bakal terjejas


Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan, sebanyak 60,000 pemilik akaun di sekitar daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam bermula jam 8 pagi Selasa ini (esok). 

Menurut PAIP, gangguan itu disebabkan kerja-kerja pengalihan paip jenis keluli lembut baharu yang akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) di projek jalan masuk baharu ke Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang. 

Antara kawasan yang terjejas ialah seluruh kawasan:
  1. Indera Mahkota 1, 2, 3, 4 dan 5
  2. Taman Shahzan
  3. Industri Indera Mahkota 3
  4. Kolej Universiti Widad
  5. Pantai Selamat
  6. Kampung Tiram
  7. Tiram Aman
  8. Kampung Paya 3
  9. Cenderawasih
  10. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  11. Bukit Istana
  12. Jabatan Kerja Raya Daerah
  13. Indera Mahkota 12, 14, 15, 16
  14. KotaSAS
  15. Mahkota Valley
  16. Taman Pertanian
  17. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Semambu
  18. Taman Buaya dan kawasan sekitarnya
  19. Jalan Sungai Lembing
  20. Kuaters Kobat
  21. SMV Pendidikan Khas
  22. Kampung Padang Taman Impian
  23. Tanjung Pasir
  24. Sungai Riau
  25. Bukit Bakong
  26. Batu Sawar
  27. Bukit Kuin dan kawasan sekitarnya
  28. Seluruh kawasan Jalan Semambu
  29. POLISAS
  30. Taman Serukun
  31. Kuarters Polis Pelindung
  32. Pelindung 1
  33. Pelindung Aman
  34. Pelindung 70 hingga 115 termasuk Air Putih 50 hingga 70 dan kawasan sekitarnya

PAIP menasihatkan semua pengguna yang terlibat menyimpan bekalan air yang mencukupi bagi menghadap persediaan gangguan bekalan air esok. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian PULAPEL di talian 09-5739999.

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my