Gara-gara kes ikan masin, anak diejek & dibuli di sekolah


Kes ikan masin yang melibatkan pelakon Fairuz A. Rafiq dan bekas suaminya, Galih Ginanjar masih belum menemui titik noktah apabila anak mereka juga turut menerima tempias. 

Anak lelaki Fairuz telah dijangka akan menjadi mangsa ejekan dan buli di sekolahnya setelah berita itu viral di meluas di media sosial.

Isteri Galih, Barbie Kumalasari bagaimanapun menyalahkan Fairuz yang enggan berdamai dengan Galih dan berkata itulah risiko yang terpaksa diterima oleh anak-anak mereka. 

"Ya, anak-anak pasti akan menerima risikonya. Semakin viral berita itu, pasti anak juga akan menerima tempiasnya. 

"Dari awal saya sudah maklumkan, kasihan pada anak tetapi pihak sebelah sana enggan berbuat demikian," kata Barbie. 

Malah katanya, perkara itu akan menjadi semakin teruk sekiranya kedua-dua pihak enggan berdamai. 

"Dah viral macam ni, kalau kedua-dua pihak tak nak berdamai, pasti ramai yang akan membuli si anak selagi perkara ini berpanjangan," katanya. 

Sumber: Liputan6



Sumber : thereporter.my