'Gerak lu, pape jangan roger' - Lelaki maut, rakannya larikan diri selepas kereta bawa muatan ketum kemalangan


Seorang lelaki maut, manakala rakannya telah melarikan diri selepas kenderaan yang dinaiki mereka membawa muatan ketum terbabas lalu merempuh belakang treler. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi hari ini di KM46 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Paloh 2, Gua Musang, mangsa yang merupakan penumpang maut di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika kereta suspek hilang kawalan lalu merempuh belakang treler. 

Akibat kemalangan itu, mangsa maut dan pemandu kereta melarikan diri. 






Kereta yang dinaiki mangsa penuh dengan ketum di bahagian tempat duduk belakang dan but. 

Kes masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my