Hati Tidak Mati Jika Beribadah Pada Malam Raya?

Posted on Friday, August 23, 2019 | 8/23/2019



Soalan:
Apakah benar hati tidak akan mati sekiranya beribadah pada malam raya?

Jawapan:
Malam raya merupakan malam umat Islam bergembira kerana ia merupakan hari kemenangan buat mereka. Justeru, kita dituntut untuk menzahirkan kegembiraan tersebut dengan memperbanyakkan melakukan ketaatan kepada Allah SWT seperti memperbanyakkan ibadah atau amal soleh. Untuk itu, persoalannya adakah terdapat hadith-hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan orang yang beramal pada malam hari raya.

Sebelum menjawabnya, kami menukilkan terlebih dahulu hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan beribadah pada malam raya:

Daripada Abi Umamah RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Barangsiapa yang mendirikan dua malam raya (Eid al-Adha dan Eid al-Fitri) dengan penuh pengharapan kepada Allah, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati akan mati.” [Riwayat Ibn Majah (1782)]

Menurut Imam al-Nawawi hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan juga Imam al-Syafie (di dalam musnadnya). Akan tetapi, hadith ini adalah dhaif daripada riwayat Abi Umamah yang diriwayatkan secara marfu’ dan juga mawquf yang mana keduanya adalah dhaif. Tambahan pula, hadith-hadith berkaitan fadhail ini dibolehkan untuk beramal dengannya (walaupun ia dhaif sekalipun sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh para ulama). [Lihat: al-Azkar, 171]

Selain itu, Imam al-Iraqi menyatakan bahawa sanad hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abi Umamah ini adalah dhaif. [Lihat: al-Mughni ‘an Haml al-Asfar, 1/342]

Di samping itu, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh turut menghukum sanadnya dhaif disebabkan oleh Baqiyyah bin al-Walid. [Lihat: Sunan Ibn Majah, tahqiq: Syeikh Syu’aib al-Arna’outh, 2/658]

Di dalam Majma’ al-Zawaid ada dinukilkan riwayat yang lain daripada Ubadah bin Somit, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الْأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Barangsiapa yang menghidupkan malam raya Eid al-Fitri dan malam raya Eid al-Adha, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati akan mati.” [Lihat: Majma’ al-Zawaid (3203), 2/198]

Imam al-Haithami menilai hadith ini sebagai dhaif disebabkan terdapat perawi bernama Umar bin Harun al-Balkhiy yang didhaifkan oleh kebanyakan para ulama'. Setelah melihat sebahagian pendapat para ulama' dalam menilai hadith berkaitan ini, kami cenderung kepada hadith-hadith tersebut (yang menceritakan berkaitan kelebihan beribadah pada malam raya) adalah dhaif.

Di dalam al-Majmu’ ada disebutkan bahawa para ulama' al-Syafieyyah berkata sunat menghidupkan dua malam raya (iaitu malam raya Eid al-Fitri dan malam raya Eid al-Adha) dengan solat atau selain daripadanya yang berbentuk ketaatan. Mereka berhujah dengan hadith Abi Umamah daripada Rasulullah SAW. Kesemua sanad hadith yang menceritakan berkaitan perkara ini adalah dhaif. [Lihat: al-Majmu’ 5/42]

Hal ini juga ada disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Azkar. [Lihat: al-Azkar, 171]

Adapun berkaitan makna hadith ini, zahir hadith menunjukkan perlu menghidupkan sepanjang malam dengan ibadah. Akan tetapi, dengan melakukan solat tahajjud sudah memadai. Tambahan pula, hati akan mati disebabkan dosa yang banyak dan sesiapa yang bertemu dengan hari yang dimaksudkan tersebut akan terpelihara hatinya (hatinya akan hidup) dalam kalangan manusia. [Lihat: Hasyiah al-Sindi, 1/542]

Selain itu juga, telah berkata Imam al-Syafie RA bahawa waktu yang mustajab untuk berdoa adalah pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam raya Eid al-Adha, malam raya Eid al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan juga malam nisfu Sya’ban. [Lihat: al-Um, 1:264]

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan beribadah pada malam raya adalah dhaif walaupun terdapat sebahagian ulama' yang menilai hadith ini sebagai palsu atau terlalu dhaif. Hukum menghidupkan malam raya dengan amal ibadah dengan solat, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya yang berbentuk ketaatan atau amal soleh adalah satu sunnah. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah SWT serta menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan

Soalan:
Apakah benar hati tidak akan mati sekiranya beribadah pada malam raya?

Jawapan:
Malam raya merupakan malam umat Islam bergembira kerana ia merupakan hari kemenangan buat mereka. Justeru, kita dituntut untuk menzahirkan kegembiraan tersebut dengan memperbanyakkan melakukan ketaatan kepada Allah SWT seperti memperbanyakkan ibadah atau amal soleh. Untuk itu, persoalannya adakah terdapat hadith-hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan orang yang beramal pada malam hari raya.

Sebelum menjawabnya, kami untuk menukilkan terlebih dahulu hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan beribadah pada malam raya:

Daripada Abi Umamah RA, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Barangsiapa yang mendirikan dua malam raya (Eid al-Adha dan Eid al-Fitri) dengan penuh pengharapan kepada Allah, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati akan mati.” [Riwayat Ibn Majah (1782)]

Menurut Imam al-Nawawi hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan juga Imam al-Syafie (di dalam musnadnya). Akan tetapi, hadith ini adalah dhaif daripada riwayat Abi Umamah yang diriwayatkan secara marfu’ dan juga mawquf yang mana keduanya adalah dhaif. Tambahan pula, hadith-hadith berkaitan fadhail ini dibolehkan untuk beramal dengannya (walaupun ia dhaif sekalipun sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh para ulama). [Lihat: al-Azkar, 171]

Selain itu, Imam al-Iraqi menyatakan bahawa sanad hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abi Umamah ini adalah dhaif. [Lihat: al-Mughni ‘an Haml al-Asfar, 1/342]

Di samping itu, Syeikh Syu’aib al-Arna’outh turut menghukum sanadnya dhaif disebabkan oleh Baqiyyah bin al-Walid. [Lihat: Sunan Ibn Majah, tahqiq: Syeikh Syu’aib al-Arna’outh, 2/658]

Di dalam Majma’ al-Zawaid ada dinukilkan riwayat yang lain daripada Ubadah bin Somit, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الْأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ
“Barangsiapa yang menghidupkan malam raya Eid al-Fitri dan malam raya Eid al-Adha, tidak akan mati hatinya pada hari hati-hati akan mati.” [Lihat: Majma’ al-Zawaid (3203), 2/198]

Imam al-Haithami menilai hadith ini sebagai dhaif disebabkan terdapat perawi bernama Umar bin Harun al-Balkhiy yang didhaifkan oleh kebanyakan para ulama'. Setelah melihat sebahagian pendapat para ulama' dalam menilai hadith berkaitan ini, kami cenderung kepada hadith-hadith tersebut (yang menceritakan berkaitan kelebihan beribadah pada malam raya) adalah dhaif.

Di dalam al-Majmu’ ada disebutkan bahawa para ulama' al-Syafieyyah berkata sunat menghidupkan dua malam raya (iaitu malam raya Eid al-Fitri dan malam raya Eid al-Adha) dengan solat atau selain daripadanya yang berbentuk ketaatan. Mereka berhujah dengan hadith Abi Umamah daripada Rasulullah SAW. Kesemua sanad hadith yang menceritakan berkaitan perkara ini adalah dhaif. [Lihat: al-Majmu’ 5/42]

Hal ini juga ada disebutkan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya yang lain iaitu al-Azkar. [Lihat: al-Azkar, 171]

Adapun berkaitan makna hadith ini, zahir hadith menunjukkan perlu menghidupkan sepanjang malam dengan ibadah. Akan tetapi, dengan melakukan solat tahajjud sudah memadai. Tambahan pula, hati akan mati disebabkan dosa yang banyak dan sesiapa yang bertemu dengan hari yang dimaksudkan tersebut akan terpelihara hatinya (hatinya akan hidup) dalam kalangan manusia. [Lihat: Hasyiah al-Sindi, 1/542]

Selain itu juga, telah berkata Imam al-Syafie RA bahawa waktu yang mustajab untuk berdoa adalah pada 5 malam iaitu malam Jumaat, malam raya Eid al-Adha, malam raya Eid al-Fitri, malam awal bulan Rejab dan juga malam nisfu Sya’ban. [Lihat: al-Um, 1:264]

Penutup

Kesimpulannya, hadith yang menceritakan berkaitan kelebihan beribadah pada malam raya adalah dhaif walaupun terdapat sebahagian ulama' yang menilai hadith ini sebagai palsu atau terlalu dhaif. Hukum menghidupkan malam raya dengan amal ibadah dengan solat, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya yang berbentuk ketaatan atau amal soleh adalah satu sunnah. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah SWT serta menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/23/2019

0 comments:

Loading...